Tuesday, January 19, 2010

Penang

Aku bangga dilahirkan di Pulau Pinang, bekerja dan menetap di Pulau Pinang, bertemu jodoh dengan orang Pulau Pinang, kerana bagiku di sini sangat unik, "ku temui kedamaian di sini". dulu pun sewaktu masih bersekolah di tingkatan 6 di SMK Ibrahim, Sg.Petani, setiap hujung minggu aku dan sahabat karibku Zul akan bertandang ke daerah Pulau ini... kami boleh pilih, nak naik feri ka? nak naik jambatan ka? 31 Ogos kami sambut sama-sama di sini, Tahun baru kami sambut sama-sama di sini.... kini kedua-dua perayaan penting negara itu aku sambut dengan isteri dan anak-anak, selalunya di mana lagi... di Padang Kota lah...

Tuesday, February 3, 2009

Sibuk.. atau buat-buat sibuk?

Sibuk ka buat-buat sibuk?... ha, yang tu yang jadi persoalannya sekarang...Sekolah aku ni sekolah kecik je, budak dalam 265 orang... jadi secara tak langsung cikgu yang tak seramai mana ni semua jadi ketua panitia, bila sukan... semua terlibat, bila ada program maulidur rasul... semua terlibat, bila jadi tuan rumah untuk karnival bahasa ke, sepak takraw ke, bola sepak ke... semua terlibat... jadi memang aku dan kami-kami ni sibuk, orang yang tengok pun faham... sesungguhnya cikgu di Batu Ferringhi ni sentiasa sibuk dan tidak tergolong dalam golongan yang buat-buat sibuk... tapi satu yang bagus tentang sekolah ni (kena puji lebih-lebih la sebab tempat kerja aku sendiri) walau macam mana sibuk pun, kami cikgu-cikgu dah faham dah tanggungjawab masing-masing, macam aku ni tiap kali program memang bab P.A. system aku pegang, dengan microphone pun aku kena selalu peganglah (jadi M.C. lah - tetap dan berpencen)... smpai mak bapak budak, GB, member-member pun dah panggil aku D.J. SKBF...
Program kat sekolah aku ni memang tip-top, takdaklah nak kata ada kelemahannye, semua bekerjasama dan tahu tanggungjawab masing-masing... program berjalan lancar jee.. tu lah antara sebab aku suka kerja kat sini... Walaupun sibuk, tapi tak membebankan...
oklah dah puas aku celoteh merepek tak tau apa kat sini, kalau nak seronok... Ha, cikgu-cikgu mana yang nak berubah angin.... Mailah mintak tukar kat sekolah aku ni...Insyaallah, dapat banyak pengalaman untuk organize apa2 program...

Bagi aku setiap hari kat tempat kerja ni, aku dapat benda baru...macam hari ni, aku dah dapat cara untuk selesaikan masalah kekurangan buku untuk literature year 5, dah hilang dekat 5 buah.... susah sangat, aku scan and bukak slaid tunjuk kat budak... semua dapat baca... tak payah pening nak tunggu fotostat perbanyakkan buku, budak seronok, aku pun seronok... win-win situation lah ni... Lega...

Monday, February 2, 2009

Kat SKBF

Hari ni seperti hari-hari yang biasa, cuma bila direnung kembali sedar-sedar dah sepuluh tahun aku kat sekolah ni, bagi setengah orang bila kita terlalu lama macam orang Penang kata kita akan merasa cemuih, letih, penat, tak dak semangat, tapi bagi aku memang betul kita akan merasakan seperti itu, tapi sebenarnya aku jugak sedar diri dan pemikiran aku semakin matang, kalau dulu waktu mula mengajar kat sekolah ni,masuk kelas dekat setengah jam baru nak boleh control kelas, tapi la ni kalau masuk kelas... berdiri depan pintu saja budak-budak dah senyap... itulah kot yang depa kata aura cikgu kot?... Tapi yang pasti aku memang enjoy jadi cikgu, enjoy dengan kerja aku and enjoy dengan diri aku sendiri...
Tapi pagi ni puas aku melilau cari pendrive, dah lah ada data nak hantar hari ni, nilah sikap buruk aku yang tak boleh nak ubah, suka tinggal barang merata-rata, bila nak guna, baru kalut cari... selalulah jam ka, cincin ka, last-last barang aku semua aku susun atas meja... orang tengok pun pelik jugak teratur berbaris pen merah, pen biru, kunci kereta, pendrive (aku ada 4 pendrive- semua free) setahun sekali GB bagi kat aku satu... nanti ada masa aku masukkan gambar perhimpunan pen-pen atas meja aku... oklah loceng dah bunyi, nak balik, petang ni nak tengok budak-budak main bola pulak...

Monday, January 28, 2008

ONLY GOD KNOWS

ONLY GOD KNOWS,
WHAT WILL REALLY HAPPEN TO US TOMORROW, FUTURE, DESTINY AND WHAT WE WERE MEANT TO BE...

ONLY GOD KNOWS,
HIS PROMISES, HIS WORDS, ALL THE UNKNOWN WE ENCOUNTER...

ONLY GOD KNOWS,
WHAT WE REALLY THINKING OF RIGHT NOW, MORE GREATER THAN ANY MIND READER FAR BEYOND OUR IMAGINATION...

ONLY GOD KNOWS,
BECAUSE HE NEVER DIFFER US FROM ONE ANOTHER, WE WERE REALLY MEANT TO PRAY TO GOD, ROAM THIS WORLD WITH HIS PERMISSION....

Quran satu mukjizat

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.
- Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 28 hingga 44, ayat-ayat di dalam Surah Taha, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau “moody” tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati.
- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.
- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.
- Ayat-ayat di dalam Surah Maryam dan Surah An-Nisaa’ dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan kaum perempuan seperti fibroid, ovarian cysts, dll.
- Ayat-ayat di dalam Surah Al-Qasas, Surah Al-Israa’, Surah Ash Syura, Surah As Saaffaat, Surah Ambiyaa’, Surah Al-Ahqaaf dan sebagainya banyak digunakan untuk mengubati sakit badan seperti jantung, sakit buah pinggang, dll.
- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.
- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
- Surah Al Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil

KESUKARAN DALAM HIDUP: REALITI ATAU FANTASI?

Kadang-kadang memang pelik bila kita melihat realiti kehidupan yang dipaparkan dalam BERSAMAMU oleh TV3, tidak tergambar betapa kesukaran yang mereka hadapi, tidak terjangkau pemikiran sesetengah dari kita bahawa masih wujud mereka yang susah seperti ini, bukannya mahu menghina, jauh sekali mahu mencerca.... ambillah sebagai pengajaran, dan sebagai hamba ALLAH kita sepatutnya bersyukur, bersyukur yang teramat sangat kerana masih diberikan ruang untuk kita hidup di bumi Malaysia bertuah ini, matlamat PM kita Pak Lah untuk menghapuskan 'poverty' menjelang 2010 amatlah kita hargai. Akan sampai satu masa nanti generasi akan datang tidak akan merasai kesukaran hidup, tidak akan merasai kesempitan wang, tidak akan lagi mereka yang tidak makan kerana tidak ada duit, tidak akan ada lagi mereka-mereka yang perlu menyelongkar satu kereta mencari duit terselit untuk mengisi petrol mereka, tidak akan ada lagi mereka-mereka yang mencucuk semua kad ATM di dalam dompet mereka mencari kalau-kalau masih ada baki dalam akaun yang boleh mereka keluarkan di kala dompet mereka kekosongan, poket kering 'pokai' dan tidak akan ada lagi mereka-mereka yang menelefon sanak saudara, adik beradik, rakan taulan meminjam wang dengan janji kosong untuk membayarnya semula kerana baru dapat gaji tak sempat sampai ke bulan berikutnya wang sudah habis (dilema kebanyakan kakitangan kerajaan), ya Allah kau permudahkanlah segala urusan kami di dunia ini, terutamanya kepada mereka yang sentiasa ingat kepadaMu, kepada engkaulah aku berserah, kerana sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha mengasihani, amin....

Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada keesokan harinya, dan berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.... lihatlah kepentingan ibadah dan mencari rezeki kepada kita semua umat islam, hidup bukan bererti kita berada di atas tikar sejadah 24 jam, hidup bererti beribadat dan taat kepadaNya dan berusaha ke jalanNya, kerana janjinya tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali sesuatu kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya, gagal sekali bukan bererti Dia tidak sayang kepada kita, gagal sekali bermakna kita belajar dari kesilapan kita, kerana orang yang berusaha tidak akan gagal selama-lamanya, ingat-mengingati sesama kita, sambil saya mengingatkan pembaca blog ini, saya juga mengingatkan diri saya sendiri.... Ya ALLAH, ampunkanlah dosa hambamu ini, limpahkanlah petunjuk dan hidayahmu... lipatgandakanlah pemberian rezekimu, tawakkalku kepadaMu...

Saturday, January 12, 2008

WAHAI ISTERI...

WAHAI ISTERI

TAATILAH PERINTAH ALLAH DAN RASULNYA

UTAMAKANLAH HAK SUAMIMU LEBIH DARI HAK-HAK YANG LAIN MELAINKAN HAK-HAK ALLAH DAN RASULNYA

SENTIASALAH BERSIKAP MALU DAN TAAT KEPADA SUAMIMU SERTA BERILAH PERHATIAN KETIKA IA BERCAKAP DI SAMPING MENGHORMATINYA.

BERPUASHATILAH DENGAN APA JUA REZEKI YANG TELAH DIPEROLEHI OLEH SUAMIMU DARIPADA ALLAH

MULIAKANLAH AHLI KELUARGA SUAMIMU DAN SAUDARA-MARANYA

TUMPUKANLAH PERHATIAN KEPADA KEWAJIPAN DAN URUSAN DI DALAM RUMAHTANGGAMU

JAGALAH PERASAAN DAN MARUAH SUAMIMU

HIASILAH DIRIMU UNTUK SUAMIMU SAHAJA

JANGANLAH MERASA BANGGA TERHADAP SUAMIMU TENTANG HARTA, KECANTIKAN DAN KETURUNANMU

JANGANLAH KELUAR DARI RUMAHMU MELAINKAN DENGAN IZIN SUAMIMU

"PENGAJARAN DARIPADA AL-QURAN DAN HADIS"

RENUNG-RENUNGKAN.......