Tuesday, January 19, 2010

Penang

Aku bangga dilahirkan di Pulau Pinang, bekerja dan menetap di Pulau Pinang, bertemu jodoh dengan orang Pulau Pinang, kerana bagiku di sini sangat unik, "ku temui kedamaian di sini". dulu pun sewaktu masih bersekolah di tingkatan 6 di SMK Ibrahim, Sg.Petani, setiap hujung minggu aku dan sahabat karibku Zul akan bertandang ke daerah Pulau ini... kami boleh pilih, nak naik feri ka? nak naik jambatan ka? 31 Ogos kami sambut sama-sama di sini, Tahun baru kami sambut sama-sama di sini.... kini kedua-dua perayaan penting negara itu aku sambut dengan isteri dan anak-anak, selalunya di mana lagi... di Padang Kota lah...