Thursday, January 3, 2008

Antara dua dunia

Hidup ini memang penuh dengan kepura-puraan... yang berkuasa dipandang tinggi... orang yang dijulang berpura-pura, yang menjulang juga berpura-pura, akhirnya yang dijulang ditikam dari belakang oleh yang menjulang, yang biasa-biasa ditolak ke tepi. Dalam senario politik dunia, negara, masyarakat, tempat kerja dan juga disekeliling kita, kita akan dapat melihat mereka yang berpura-pura. Sebagai rakyat yang semakin berpendidikan tinggi kita memang dapat menilai siapa yang berpura-pura dan siapa yang ikhlas dalam perjuangannya. Bagi pemimpin yang berpura-pura demi kepentingan peribadi... hentikanlah sandiwaramu. Berpeganglah semula dengan perjuangan asalmu... Aku bercakap kerana aku hanya orang biasa yang bukan siapa-siapa pada orang yang berpura-pura. Suaraku hanya umpama bayu yang berlalu pergi, diriku cuma dipandang oleh ekor mata tanpa apa-apa rasa pada sipemandang, aku hanya satu imbasan dalam kelompok jutaan manusia yang ramai, jangan simpan di dalam hati kerana aku bukan siapa-siapa, jangan fikirkan lagi apa yang aku cakapkan kerana aku bukan istimewa, sindirlah apa yang aku cakapkan ini, suara picisan mana yang bising seperti bunyi kentut yang berlalu senyap. Aku bercakap bukan mem'provoke' sesiapa, cukuplah sebagai peringatan kepada diri sendiri yang kadang-kadang terpaksa berpura-pura dengan sipura-pura, itu sahaja. Terima kasih

No comments: