Monday, January 28, 2008

KESUKARAN DALAM HIDUP: REALITI ATAU FANTASI?

Kadang-kadang memang pelik bila kita melihat realiti kehidupan yang dipaparkan dalam BERSAMAMU oleh TV3, tidak tergambar betapa kesukaran yang mereka hadapi, tidak terjangkau pemikiran sesetengah dari kita bahawa masih wujud mereka yang susah seperti ini, bukannya mahu menghina, jauh sekali mahu mencerca.... ambillah sebagai pengajaran, dan sebagai hamba ALLAH kita sepatutnya bersyukur, bersyukur yang teramat sangat kerana masih diberikan ruang untuk kita hidup di bumi Malaysia bertuah ini, matlamat PM kita Pak Lah untuk menghapuskan 'poverty' menjelang 2010 amatlah kita hargai. Akan sampai satu masa nanti generasi akan datang tidak akan merasai kesukaran hidup, tidak akan merasai kesempitan wang, tidak akan lagi mereka yang tidak makan kerana tidak ada duit, tidak akan ada lagi mereka-mereka yang perlu menyelongkar satu kereta mencari duit terselit untuk mengisi petrol mereka, tidak akan ada lagi mereka-mereka yang mencucuk semua kad ATM di dalam dompet mereka mencari kalau-kalau masih ada baki dalam akaun yang boleh mereka keluarkan di kala dompet mereka kekosongan, poket kering 'pokai' dan tidak akan ada lagi mereka-mereka yang menelefon sanak saudara, adik beradik, rakan taulan meminjam wang dengan janji kosong untuk membayarnya semula kerana baru dapat gaji tak sempat sampai ke bulan berikutnya wang sudah habis (dilema kebanyakan kakitangan kerajaan), ya Allah kau permudahkanlah segala urusan kami di dunia ini, terutamanya kepada mereka yang sentiasa ingat kepadaMu, kepada engkaulah aku berserah, kerana sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha mengasihani, amin....

Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada keesokan harinya, dan berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.... lihatlah kepentingan ibadah dan mencari rezeki kepada kita semua umat islam, hidup bukan bererti kita berada di atas tikar sejadah 24 jam, hidup bererti beribadat dan taat kepadaNya dan berusaha ke jalanNya, kerana janjinya tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali sesuatu kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya, gagal sekali bukan bererti Dia tidak sayang kepada kita, gagal sekali bermakna kita belajar dari kesilapan kita, kerana orang yang berusaha tidak akan gagal selama-lamanya, ingat-mengingati sesama kita, sambil saya mengingatkan pembaca blog ini, saya juga mengingatkan diri saya sendiri.... Ya ALLAH, ampunkanlah dosa hambamu ini, limpahkanlah petunjuk dan hidayahmu... lipatgandakanlah pemberian rezekimu, tawakkalku kepadaMu...

No comments: